Friday, January 9, 2009

Perginya Bonda Tersayang...

Allahyarhamah menjalani pembedahan pada 26 Ogos 2008 jam 2.00 petang akibat pendarahan di kepala di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Arwah pergi jua pada 27 Ogos 2008 jam 12.20 tengahari. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang Klang Selangor.

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan."..

Mak pergi buat selama-lamanya...

Semoga arwah ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah. Al-Fatihah buat mak tersayang.

Aku sentiasa merindui mu.....dan menyayangi mu ......

Allahyarhamah Rapiah bt Atan
10 Mac 1948 - 27 Ogos 2008

Friday, October 3, 2008

Kekasih

Pada mu ku harap
Kau hadir dalam hari ku
Adanya kau tahu betapa
Ku cinta pada mu
Setiap masa
Seolah ada disisi
Kasih pada mu
Tak kan pernah padam
Sayangku hanya engkau di hati
Jiwaku ini kosong
Damba pelukan mu
Oh belaianmu
Kasih kita ditakdirkan bersama
Tak kan engkau ku persiakan
Walau terkadang hati mudah terusik
Oleh ku
Selagi ada nyawa seluruh dayaku
Ku pastikan kau gembira
Segala cinta dan saat bahagia
Oh Ibuuu
Ke akhir hayat ku.....

Tuesday, January 16, 2007

Perginya ayahanda tersayang


Tarikh 16 Januari 2007 perginya abah tersayang Allahyarham Ibarahim bin Husen pada usia 62 tahun. Sedih rasanya bila abah tiada lagi. Rindu untuk berbual-bual. Ameer Hakim juga terasa rindu ngan atuknya. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Rindu nyer.....Malam nye buat kenduri arwah. Sok pagi bangun handphone pulak hilang. Sedihnye...



Friday, May 1, 1998

Anakanda Tersayang

Ni la anak bujang saya Muhammad Ameer Hakim b. Md. Hamidi
Lahir pada 2 Jan 1998 bersamaan 2 Ramadan (ari Jumaat)
Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna kepada bangsa n agama. Amin.

My Photo Album