Ada sebuah impian di masa hadapan. Aku bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang aku lalui.
Usah bersedih jika kita tidak mahu dikenali sebagai hamba Allah yang tidak menerima ketentuan-Nya. Terima lah segalanya dan senyumlah sebagai tanda redha kepada Allah, kemudian selesaikan urusan kita secara bijaksana.
Monday, November 30, 2009
NILAI CINTA
Benarlah kata pujangga, pengalaman adalah guru terbaik....
Pengalaman jugalah mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh tersungkur lagi. Hidup tidak bermakna tanpa cabaran bukan???
Dan daripada pengalaman penuh liku itulah yang menjadikan diri kita seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala onak ranjau yang terbentang luas sepanjang kehidupan.....
Sebenarnya kita sudah bosan fikirkan tentang satu perkara ini....
CINTA...
ya tentang cinta...
kerana cinta membuatkan kita lalai,
kita alpa,
kita mabuk dan beratus lagi macam perkara....
Tapi hanya itulah yang sering kita perkatakan dan cari seterusnya untuk DIMILIKI selagi kehidupan ini tidak berakhir.
Dan selagi wujudnya manusia daripada benih ADAM dan HAWA selagi itulah mereka tidak akan sekali-kali berhenti berbicara tentang CINTA.....

Thursday, August 6, 2009
UPSR
Tahun ni Hakim amik exam UPSR. Hakim relax jer.
Ibu nyer yg panik semacam.Good luck untuk anak-anak yang ambil exam tahun ini. Good luck untuk ibu-ibu yang ada anak ambil UPSR. Saya percaya ibu-ibu lagi berdebar dari anak-anak. Semalam, sewaktu melintasi sekolah kebetulan waktu itu pelajar baru sahaja keluar dari kawasan sekolah. Macam-macam riak di wajah masing-masing, ada yang berkerut, ada yang tersenyum, ada yang nampak lega.
Ada ibu yang menanti betul-betul di depan pagar sekolah, ada yang berdiri di depan kereta, ada yang memeluk erat anak masing-masing, berpimpingan tangan, namun ada juga yang pulang bersendirian. Untuk tiga hari ini, anak-anak menjadi raja dan ratu, dilayan sesempurna mungkin. Semoga Berjaya.
Monday, June 1, 2009
Friday, January 9, 2009
Perginya Bonda Tersayang...
Allahyarhamah menjalani pembedahan pada 26 Ogos 2008 jam 2.00 petang akibat pendarahan di kepala di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Arwah pergi jua pada 27 Ogos 2008 jam 12.20 tengahari. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang Klang Selangor.
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan."..
Mak pergi buat selama-lamanya...
Semoga arwah ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah. Al-Fatihah buat mak tersayang.
Aku sentiasa merindui mu.....dan menyayangi mu ......
Allahyarhamah Rapiah bt Atan
10 Mac 1948 - 27 Ogos 2008

Subscribe to:
Posts (Atom)